Gelas Tongkat Ali

Tongkat Ali

Secara tradisi, Tongkat Ali digunakan untuk merawat beberapa jenis penyakit dan meningkatkan kesihatan termasuk pening kepala, kurap, disentri, bengkak, antitumor, antiradang dan antioksida. Eurikomanone, eurikomalaktone dan eurikomanol (quassinoids) yang banyak terdapat dalam akarnya merupakan kandungan kimia penting industri. Pengambilan Tongkat Ali sudah diamalkan turun temurun oleh orang Melayu sebagai tonik atau ubatan tradisional sehingga kadangkala ia dirujuk sebagai 'ginseng Malaysia'.
Tongkat Ali telah dikaji dengan menggunakan tikus jantan dalam teknik "runaway-choice". Tikus jantan itu diberi minum jus tongkat ali sebanyak 0.5gm/kg sehari. Kesannya, tikus tersebut mula menampakkan keinginan untuk mengawan pada hari ke-3 dan sempurna pada hari ke-8 .
Tongkat Ali bukan sahaja terkenal kerana mempunyai kesan penggalak seks(aphrodisiac), namun tumbuhan ini juga dikatakan mempunyai bahan yang membantu mereka yang menghadapi masalah syahwat. Selain itu, Tongkat Ali dapat meningkatkan kecerdasan dan stamina. Ia boleh menyumbang rasa sihat secara keseluruhan dengan membantu badan meningkatkan pengeluaran testosteron iaitu sejenis hormon utama lelaki. Ia turut meningkatkan kadar aliran darah dan kadar metabolisme.
Sebagaimana pengambilan bahan herba yang lain, pengambilan Tongkat Ali tidak akan mula di rasa pada awal pengambilan. Kesannya akan meningkat secara perlahan-lahan dalam beberapa hari sehingga mencapai kadar maksimum. Adalah dicadangkan, Tongkat Ali tidak diambil secara berterusan, ambil selama 5 hari dan kemudian berhenti 2 hari, atau ambil selama sebulan dan berhenti seminggu dan ianya bergantung kepada keserasian individu. Yang penting tempoh berehat dan minum air dengan kadar yang banyak.


Gelas Tongkat Ali

Kini Tongkat Ali didatangkan dalam bentuk gelas yang telah diusahakan oleh penduduk kampung di utara Sabah. Akar Tongkat Ali dibentuk menggunakan bantuan mesin dan peralatan tangan. Warna akar Tongkat Ali masih kekal putih kekuning-kuningan ini mendapat permintaan tinggi dikalangan pelancong tempatan dan asing. Gelas Tongkat Ali amat mudah untuk digunakan. Cuma tuangkan air panas dan tunggu dalam 2-3 minit. Lagi lama dibiarkan makin pahit airnya dan ianya bergantung kepada individu untuk mendapat kesan yang lebih maksimum.